Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Di kawasan Kampung Srijaya terdapat beberapa buah kampung lagi yang berdekatan seperti Kampung Srijaya Baru, Kampung Sri Serdang, Kampung Pasir dan Kampung Pengkalan Rinting. Jumlah penduduk disini adalah lebih dari 1000 orang.

Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Penduduk kampung ini majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan tabika kemas untuk memudahkan anak-anak di kampung ini mendapatkan pendidikan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BASIC ICT : MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2024

Peserta dapat menghasilkan persembahan PowerPoint yang menarik dengan idea kreativiti masing-masing untuk membuat pembentangan dihadapan petugas NADI dan boleh digunakan ilmu pengetahuan yang diterima di sekolah.......................baca selanjutnya

STEM IOT : BUILDING TOWER

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2024

Melalui permainan menyusun dan membina, kanak-kanak belajar cara mengimbangi sesuatu untuk memastikan menara tegak. .....................baca selanjutnya

ICT :MICROSOFT WORD : SHAPE

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Microsoft Word adalah program word processing yang standard digunakan di kebanyakkan komputer......................baca selanjutnya

STEM : WALKING WATER

Aktiviti Terkini | 2 Februari 2024

Untuk belajar, melalui perbincangan dan pemerhatian, tentang kepentingan air, pelbagai cara kita menggunakannya, bagaimana ia boleh dibazirkan dan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk menyelamatkannya.......................baca selanjutnya

E-EDUCATION / E-LEARNING : KLIK DENGAN BIJAK : ADVOKASI S.A.F.E TERLEBIH KONGSI

Aktiviti Terkini | 1 Februari 2024

Menanam sifat peka dalam diri anak-anak supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih kewujudannya......................baca selanjutnya

STEM IOT : ROBOTIC HAND

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2024

Melahirkan anak-anak yang mahir dalam bidang sains.....................baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (BULI SIBER)

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2024

Para pendidik mampu menjadi pendengar membantu pelajar yang mengalami buli siber yang mencari pertolongan......................baca selanjutnya

E-LEARNING : KAHOOT : PENGGUNAAN INTERNET DI PEDI

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2024

Melatih pengguna supaya tidak menyalahgunakan internet di PEDi untuk tujuan yang tidak baik......................baca selanjutnya

ICT : KELAS MENGENAL KEYBOARD

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2024

Melahirkan anak-anak yang Celik IT.....................baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti