E-EDUCATION / E-LEARNING : KLIK DENGAN BIJAK : ADVOKASI S.A.F.E TERLEBIH KONGSI

Aktiviti terkini | 1 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Sri Jaya

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Petugas berkongsi maklumat tentang Terlebih Kongsi. Topik ini sedang hangat kini kerana perbuatan terlebih kongsi maklumat dan yang seumpama dengan boleh mengakibatkan kesalahfahaman dalam masyarakat. Pelbagai aktiviti dijalankan anataranya taklimat penerangan dan juga kuiz soalan berkaitan tajuk. Peserta yang terlibat adalah seramai 20 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Tahniah kepada para pemenang kuiz.

Tujuan :
• Menanam sifat peka dalam diri anak-anak supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih kewujudannya.
• Mendedahkan kepada peserta tentang bahaya jika terlebih kongsi sesuatu yang tidak sahih dan hukuman yang akan dikenakan jika tertangkap.
• Melatih peserta untuk menyemak dahulu sebelum berkongsi maklumat dengan orang lain.
• Melatih peserta untuk sentiasa bertanya dengan ibu bapa, guru dan orang dewasa jika ingin berkongsi sesuatu maklumat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan program

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Peserta lebih peka jika terjadinya perbuatan terlebih Kongsi apa yang patut dilakukan.
• Peserta lebih berhati-hati menggunakan media social sebagai tempat berkongsi maklumat.
• Peserta akan lebih selesa untuk bertanya dahulu kepada ibu bapa penjaga dan juga guru sebelum bercerita atau menyampaikan maklumat kepada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :