Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Di kawasan Kampung Srijaya terdapat beberapa buah kampung lagi yang berdekatan seperti Kampung Srijaya Baru, Kampung Sri Serdang, Kampung Pasir dan Kampung Pengkalan Rinting. Jumlah penduduk disini adalah lebih dari 1000 orang.

Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Penduduk kampung ini majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan tabika kemas untuk memudahkan anak-anak di kampung ini mendapatkan pendidikan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PI1M-PI1M JOHOR DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, JOHOR

Aktiviti Terkini | 9 November 2016

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan para pelajar dan guru-guru. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial... baca selanjutnya

Bengkel Skrip ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya

Sambutan Hari Sukan 1 Malaysia Bersama Sekolah Tadika Sri Serdang

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016

Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama manusia disamping menggalakkan sifat bekerjasama dan semangat kesukanan antara pasukan terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan ibu bapa... baca selanjutnya

Program Belajar Kraftangan Bunga Bersama Penduduk Kg Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 29 September 2016

Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam seni kraftangan bunga dengan menggunakan kertas “Crepe” kepada penduduk Kg Sri Jaya... baca selanjutnya

Sambutan Hari Kemerdekaan Bersama Sekolah Tadika Sri Serdang & Sekolah Tadika Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 31 Ogos 2016

Mengenang kembali peristiwa serta sejarah dan semangat kecintaan terhadap negara Malaysia dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-59... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 7 Ogos 2016

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat selain merapatkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan PI1M dan masyarakat setempat... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya

Sumbangan Duit Raya & Kad Raya Sempena Sambutan Hari Raya Bersama Pi1m Sri Jaya Di Sekolah Tadika Sri Serdang

17 & 18 Julai 2016

Mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengenal budaya antara sesama manusia tidak kira bangsa dan negara dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri... baca selanjutnya

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Belia Pasukan Kg Sri Jaya Dan Kg Sri Serdang Bersama Pi1m Sri Jaya Di Stadium Perbadanan Johor, Kluang, Johor

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2016

Kebaikan program ini adalah Mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama manusia disamping menggalakkan sifat bekerjasama antara pasukan terutamanya kepada golongan belia... baca selanjutnya

Seni Kraftangan KEMAS Bersama Pi1m Kg Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 11 April 2016

Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam seni kraftangan dengan menggunakan kertas “Crepe” kepada penduduk Kg Sri Jaya. Kebaikan program ini adalah menarik minat dan meningkatkan kreativiti penduduk dengan pelbagai cara yang mudah untuk menghias... baca selanjutnya

Kelas Fardhu Ain KEMAS Bersama Pi1m Kg Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2016

Menambah ilmu pengetahuan agama dan kemahiran kepada penduduk Kg Sri Jaya dalam penggunaan komputer. Kebaikan program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agama dengan penggunaan internet... baca selanjutnya

Kelas Bina Insan Kemas Bersama Pi1m Kg Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2016

Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada penduduk Kg Sri Jaya dalam penggunaan komputer. Kebaikan program ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan penggunaan komputer. Memberi kemahiran ilmu teknologi seiring dengan zaman kini... baca selanjutnya

Program Sambutan Maulidur Rasul Bersama Sekolah Tadika Kemas Kg Sri Serdang Kawasan Pulai, Johor

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2016

Bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiu’Awwal pada setiap tahun hijrah. Sambutan ini dapat memupuk rasa kecintaan dan mengingati kepada Rasulullah S.A.W yang telah banyak berjuang dalam menyampaikan ajaran agama Islam kepada umatnya... baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya

Program Gotong-Royong Di Luar Kawasan Pusat Internet 1 Malaysia Srijaya

29 Januari 2016

Program ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan sikap saling bantu-membantu antara penduduk di kawasan ini dan seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti