Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Di kawasan Kampung Srijaya terdapat beberapa buah kampung lagi yang berdekatan seperti Kampung Srijaya Baru, Kampung Sri Serdang, Kampung Pasir dan Kampung Pengkalan Rinting. Jumlah penduduk disini adalah lebih dari 1000 orang.

Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Penduduk kampung ini majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan tabika kemas untuk memudahkan anak-anak di kampung ini mendapatkan pendidikan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Pekan Nanas

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan fungsinya kepada masyarakat sekitar Pekan Nanas yang masih belum sedar akan kewujudan PI1M... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Rumah Pangsa Sri Alam 2017

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran. Penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cempaka 2017

Aktiviti Terkini | 11 November 2017

Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Kursus ICT(Media Sosial) Bersama Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru

Aktiviti Terkini | 9 - 10 Oktober 2017

Para peserta didedahkan dengan pelbagai modul media sosial seperti gmail & facebook. Selain itu, modul lain seperti membuat blog... baca selanjutnya

Program Remaja Sihat Penjana Negara

Aktiviti Terkini | 28 September 2017

Mengeratkan tali silaturrahim di kalangan komuniti yang terdiri daripada Klinik Kesihatan Tampoi, para pelajar sekolah dan agensi-agensi kerajaan terlibat... baca selanjutnya

Program Pengukuhan Tahap Kesihatan Anjuran Bersama Klinik Kesihatan Tampoi & Panel Penasihat Klinik Kesihatan & MBJB

Aktiviti Terkini | 16 September 2017

Bertujuan untuk pengukuhan tahap kesihatan di kalangan penduduk ke arah kesejahteraan keluarga bahagia dan sihat... baca selanjutnya

Kuiz Online(Pelbagai Kuiz Online yang dijalankan) & Membuat Poster Kemerdekaan “ Negaraku Sehati Sejiwa ”

Aktiviti Terkini | 27 - 28 & 30 Ogos 2017

Aktiviti sebegini dapat mengisi masa cuti sekolah dengan permainan kuiz online yang berunsur pendidikan dan pengetahuan am para pelajar... baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M Taman Desa Rakyat Perdana, Johor

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2017

Bertujuan untuk penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran... baca selanjutnya

Program Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2017

Enam buah sekolah terpilih bertanding untuk menjadi wakil negeri Johor ke Pertandingan Robotik antara negeri... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sri Jaya

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2017

Mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak, pelajar, remaja, belia, dewasa dan warga emas. Selain itu dapat membudayakan penggunaan ... baca selanjutnya

Program Gotong-Royong Perdana Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2017

Membersihkan kawasan PI1M dan surau Al-Hidayah dengan kerjasama komuniti Kg Sri Jaya... baca selanjutnya

Program Jalinan Ukhuwah Ramadhan

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Program ini untuk merapatkan hubungan PI1M dengan Persatuan NGO, Korporat dan penduduk setempat dan menambah nilai ilmu berkaitan kesedaran penggunaan ICT dan perbankan online secara bijak kepada orang ramai... baca selanjutnya

PROGRAM JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet... baca selanjutnya

Program Keselamatan Internet(Klik Dengan Bijak) & Kesedaran Antidadah

Aktiviti Terkini | 28 April 2017

Para pelajar kini terdedah dengan penggunaan internet sehingga ibu bapa dan guru tidak mampu mengawal pergerakan pelajar. Penyalahgunaan internet mampu menimbulkan pelbagai Program ini adalah salah satu langkah untuk mendidik para pelajar bagi menggunakan internet dengan bijak... baca selanjutnya

Majlis Sumbangan Ikhlas untuk Pesakit Jantung

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2017

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan pihak Hospital & memberi sumbangan untuk pesakit-pesakit jantung di dalam wad Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Sekolah Tadika Sri Serdang

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengenal budaya antara sesama manusia tidak kira bangsa dan negara dalam menyambut Tahun Baru Cina... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya