Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Di kawasan Kampung Srijaya terdapat beberapa buah kampung lagi yang berdekatan seperti Kampung Srijaya Baru, Kampung Sri Serdang, Kampung Pasir dan Kampung Pengkalan Rinting. Jumlah penduduk disini adalah lebih dari 1000 orang.

Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Penduduk kampung ini majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan tabika kemas untuk memudahkan anak-anak di kampung ini mendapatkan pendidikan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini |1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.....baca selanjutnya

TAKLIMAT KESEDARAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (AKTA 709)

Aktiviti Terkini |14 Mac 2020

Memberikan pengetahuan tentang bagaimana mencegah data peribadi disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dan scammer....baca selanjutnya

TAKLIMAT PEMBIAYAAN PERNIAGAAN OLEH PUJB

Aktiviti Terkini |14 Mac 2020

Memberikan pengetahuan tentang bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan untuk perniagaan dari PUJB....baca selanjutnya

BENGKEL SHOPEE

Aktiviti Terkini |14 Mac 2020

Memberikan pengetahuan tentang bagaimana untuk memasarkan produk di platform online iaitu Shopee dan cara penghantaran melalui poslaju...baca selanjutnya

EDUCATION GAMES ( CHESS )

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2020

Melatih pelajar berfikir untuk mendapat strategik dari kesalahan pergerakan....baca selanjutnya

INTRODUCTION TO COMPUTER

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2020

Membolehkan pelajar membezakan penggunaan komponen komputer....baca selanjutnya

EDUCATION GAMES ( FAST TYPING )

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2020

Kuiz subjek Sejarah membantu pelajar meningkatkan pengetahuan tentang sejarah....baca selanjutnya

MICROSOFT OFFICE ( MS WORD )

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2020

Mengajar pelajar supaya mengetahui asas ICT...baca selanjutnya

EDUCATION GAMES ( FAST TYPING )

Aktiviti Terkini | 7 Februari 2020

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran menaip tanpa mencari dan melihat papan kekunci....baca selanjutnya

INTRODUCTION TO COMPUTER

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2020

Menerangkan asas komputer dan perkakasan komputer....baca selanjutnya

EDUCATION GAMES (WORD SEARCH)

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2020

Permainan Word Search dapat membantu meningkatkan kemahiran berbahasa inggeris....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2020

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti