Program Pengukuhan Tahap Kesihatan Anjuran Bersama Klinik Kesihatan Tampoi & Panel Penasihat Klinik Kesihatan & MBJB
16 September 2017 | Sabtu
7.30 pagi - 12.00 tengahari | Pusat Komuniti Kampung Sri Jaya, Johor
Tujuan:
Bertujuan untuk pengukuhan tahap kesihatan di kalangan penduduk ke arah kesejahteraan keluarga bahagia dan sihat.
Kelebihan:
1) Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan penduduk untuk memantau cara pemakanan dan tahap kesihatan.
2) Memberi pendidikan kepada penduduk kampung tentang kepentingan kenali ubat, cara pemakanan sihat dan lain-lain.
3) Mewujudkan persekitaran peka dengan tahap kesihatan komuniti.
4) Membina hubungan kerjasama antara PI1M dengan badan-badan swasta, kerajaan, NGO serta komuniti setempat.
Penglibatan:
Pengunjung program.
Nama VIP:
YB Dato' Abd Rashid Kasman wakil rasmi kepada YB Datuk Nur Jazlan Mohamed(Timbalan Menteri Dalam Negeri).
Aktiviti berkaitan:
• Ceramah Kesihatan:
- Bahaya Penyakit TB (Dr. Nur Hidayah bt Mazlan).
- Intervensi Alkohol (Dr. Vishales Eswari).
- Pemakanan Sihat (PSP Pn Maslina).
• Taklimat Kolej Komuniti.
• Taklimat Pusat Internet 1Malaysia (Kampung Sri Jaya).
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

