KELAS ICT - CANVA SUNTINGAN VIDEO

Aktiviti terkini | 25 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Penyuntingan video merupakan keperluan penting pada masa sekarang terutama apabila seseorang itu terlibat dengan sesebuah perniagaan. Aplikasi Canva bukan sahaja dapat menyunting gambar tetapi juga menyediakan pelbagai template bagi memudahkan penyuntingan video dilakukan. Aktiviti menyunting video ini dapat membantu mencantikkan footage, memasukkan teks atau subtitle serta muzik agar dapat membantu menaikkan jumlah jualan mahupun view tontonan.

Tujuan :
• Mengajar para peserta dalam menggunakan aplikasi Canva.
• Mengajar para peserta ilmu dan pengetahuan dalam penyuntingan video serta selok-belok yang perlu diketahui bagi menghasilkan sesebuah video yang cantik dan menarik.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan modul.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Menaikkan jumlah tontonan yang diperlukan jikalau seseorang itu mempunyai sesebuah syarikat.
• Penggunaan media terutamanya penyuntingan video ini membolehkan seseorang itu mudah faham dan belajar dengan lebih baik.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :