KELAS ICT: PERBEZAAN CIRI WHATSAPP PERIBADI VS WHATSAPP BISNES

Aktiviti terkini | 13 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Penggunaan aplikasi Whatsapp sangatlah meluas di seluruh dunia. Medium penyampaian mesej dan info ini telah menggantikan penggunaan SMS yang lebih kepada penghantaran mesej teks sahaja. Namun begitu, masih ramai yang belum mengetahui ciri-ciri terkini dan perbezaan serta kelebihan aplikasi whatsapp peribadi atau whatsapp bisnes.

Tujuan :
• Memberi pengetahuan kepada para ahli tentang kemaskini apps Whatsapp yang menjadi wadah komunikasi paling popular ketika ini.
• Menggalakkan para ahli yang mempunyai produk untuk menggunakan Whatsapp Bisnes yang lebih efektif untuk produk atau servis yang mereka tawarkan kepada para pelanggan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan slaid modul

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Berkongsi maklumat terkini terutama berkaitan ciri-ciri Whatsapp Peribadi berbanding Whatsapp Bisnes.
• Dapat mengoptimakan penggunaan aplikasi Whatsapp dengan lebih berkesan dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :