KELAS ICT: ASAS KOMPUTER & KOMPONEN CPU

Aktiviti terkini | 13 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Tekonologi komputer berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa diperbaharui setiap hari oleh gergasi-gergasi pengeluar komputer. Walau bagaimana kecanggihan komputer tidaklah bermakna tanpa perisian aplikasi yang turut pantas seiring dengan teknologi sesebuah komputer.
Oleh yang demikian, kelas asas komputer telah diadakan bagi membantu masyarakat sekitar terutama kepada pelbagai golongan usia untuk lebih memahami dan mengetahui keadaan dan teknologi terkini.

Tujuan :
• Memberikan asas pengetahuan kepada masyarakat dalam mengetahui sesuatu teknologi dengan lebih tepat.
• Mengemaskini info-info terbaru mengenai komputer dan perkakas serta komponen komputer yang berkaitan untuk kegunaan harian.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan modul

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan masyarakat pengetahuan terkini untuk membeli perkakas komputer yang lebih bersesuaian dengan penggunaan harian mereka.
• Mengemaskini sebarang informasi agar tidak ketinggalan dalam era kemajuan teknologi ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :