TAKLIMAT KEUSAHAWANAN DIGITAL & KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PARA PELAJAR MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU

Aktiviti terkini | 7 Februrai 2023

Tempat Aktiviti:
MAKTAB SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU

Nama VIP :
• Cikgu Nurul Ezzah, Penyelaras Taklimat.
• Encik Roshadi bin Bakri, Penyelaras Digi.

Ringkasan Aktiviti :
Taklimat Keusahawanan Digital dan Advokasi Klik Dengan Bijak berkaitan dengan Modus Operandi Scammer ini melibatkan para pelajar Tingkatan 4 & 5 di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Para pelajar bukan sahaja ditunjukkan cara untuk menjadi usahawan digital tetapi juga diberi pengetahuan serta cara pencegahan dari jadi mangsa kelicikan para scammer.

Tujuan :
• Perkongsian ilmu dan pengetahuan kepada para pelajar.
• Membuka minda pelajar agar lebih berhati-hati ketika melayari internet berdasarkan kepada 3 aspek penting iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab.
• Menunjuk cara bagaimana untuk memulakan perniagaan secara digital sebagai alternatif menambah duit poket.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan program

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Persediaan kepada para pelajar yang berminat untuk menimba ilmu dalam keusahawanan selepas meninggalkan bangku sekolah kelak.
• Mengumpulkan generasi muda untuk sesi perkongsian ilmu ICT dan baik buruknya dunia digital.
• Menyampaikan pelbagai info terkini tentang modus operandi Scammer agar para pelajar dapat lebih peka supaya tidak menjadi mangsa scammer seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :