PROGRAM “MOVIE DAY EJEN ALI & AVENGERS”

Aktiviti terkini | 26 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya, Johor Bahru.

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Bagi mempelbagai aktiviti bersama-sama ahli PEDi, aktiviti “Movie Day” diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat menonton wayang atau filem-filem popular kerana faktor ketiadaan masa atau wang. Sebagai percubaan, dua buah filem dipilih iaitu Ejen Ali dan Avengers dan sambutan dari para ahli sangat menggalakkan.

Tujuan :
• Menggalakkan kebersamaan ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti menonton filem-filem animasi yang dihasilkan oleh warga tempatan yang mempunyai nilai-nilai murni dan kreativiti yang tinggi.
• Mengaktifkan pelbagai aktiviti yang dapat memberi keseronokan kepada para ahli, sekaligus memberi mereka minat untuk terus mengaktifkan kehadiran ke PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan program.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Mengumpulkan komuniti pelbagai usia sebagai simbolik keluarga bahagia dengan menonton filem bersama ibu/ayah dan anak-anak.
• Menggalakkan kebersamaan di kalangan komuniti dengan mengikuti pelbagai aktiviti PEDi dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama para ahli dan keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :