VIDEO TUTORIAL: PERBAHARUI PASPORT MUDAH & JIMAT MASA

Aktiviti terkini | 13 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya, Johor Bahru.

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Sejak sempadan negara dibuka semula selepas dua tahun kita tidak dapat ke mana-mana, kaunter-kaunter Pejabat Imigresen kembali sesak dan beratur panjang.
Jadi, alternatif terbaik bagi mereka yang sudah tamat tempoh pasportnya, ikuti langkah yang paling cepat, jimatkan masa dan tenaga dengan membuat permohonan dan pembayaran secara online. Jom ikuti tutorial ini bagi mereka yang bercadang ingin memperbaharui pasport yang sudah tamat tempoh.

Tujuan :
• Memudahkan pemohon untuk membuat permohonan dan pembayaran secara atas talian sahaja tanpa perlu ke kaunter.
• Menjimatkan masa dan tenaga bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti harian.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan slaid.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan pemohon dengan hanya membuat permohonan dan pembayaran di atas talian tanpa perlu menunggu lama dan beratur panjang di kaunter imigresen.
• Pemohon hanya perlu ke kaunter mengambil pasport yang telah siap selepas mendapat kelulusan permohonan yang dihantar melalui emel.
• Hanya perlu cetak bukti pembayaran dan kelulusan yang dihantar ke emel dan tunjukkan kepada pegawai imigresen yang bertugas.
• Waktu pemohon hadir mengambil pasport di kaunter kurang dari sejam dan sangat menjimatkan masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :