KELAS ICT: ASAS KOMPUTER, KEYBOARD SHORTCUTS & MS. WORD

Aktiviti terkini | 12 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg Sri Jaya, Johor Bahru

Nama VIP :
• Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Perling.
• Cik Norakmal binti Muhammad, Ahli Majlis MBJB.
• Puan Mariam binti Hj.Aris, Penolong Kanan, KEMAS Parlimen Pulai.

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ICT ini mendapat permintaan khas dari seorang ahli baru PEDi yang berminat untuk mengulangkaji asas komputer yang telah lama tidak dipraktikkan. Staf PEDi telah menggabungkan 2 modul sekaligus iaitu Asas Komputer termasuk komponen-komponen di dalam komputer dan CPU serta Ms. Word dan ulangkaji mudah penggunaan papan kekunci (keyboard).

Tujuan :
• Membantu komuniti yang ingin mempelajari asas komputer.
• Meningkatkan kefahaman para ahli PEDi yang tidak mahir menggunakan komputer atau mereka yang ingin refresh pengetahuan tentang komputer.
• Mewujudkan suasana santai dan harmoni sesama ahli dan petugas PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan modul.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturrahim sesama komuniti disamping membantu komuniti ke arah celik ICT.
• Memberi pelbagai ilmu dan pengetahuan terkini kepada para ahli agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di PEDi bersama komuniti.
• Mengaktifkan penyertaan komuniti dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :