FACEBOOK LIVE:TAKLIMAT BAGAIMANA MENJADI USAHAWAN DIGITAL KLIK DENGAN BIJAK & PAKEJ-PAKEJ DIGI TERKINI

Aktiviti terkini | 25 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor

Ringkasan Aktiviti :
Taklimat ini dijalankan kepada para pelajar yang baharu masuk ke Kolej YPJ bagi memberi pendedahan awal tentang cara bagaimana mereka boleh menjadi usahawan digital sekiranya ingin memulakan perniagaan online. Pelajar-pelajar ini juga diberi taklimat tentang Modul Klik Dengan Bijak bagi mencegah mereka dari menjadi mangsa scammer dan bersikap positif. Di akhir sesi, team Digi turut memberikan taklimat pakej-pakej Digi terkini kepada para pelajar.

Tujuan :
• Pendedahan awal pelajar untuk melengkapkan ilmu perniagaan digital.
• Menunjuk langkah-langkah menjadi usahawan digital disamping menuntut ilmu untuk mendapatkan pendapatan sampingan.
• Memberi penerangan tentang kepentingan Klik Dengan Bijak dalam kehidupan seharian.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penyediaan slaid & bahan pembentangan disediakan bersama Pengurus, PEDi Taman Cempaka.
• Taklimat dibuat oleh Pengurus, PEDi Kg Sri Jaya.
• Mulakan Siaran Langsung di Facebook


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi tunjuk ajar kepada para pelajar bagaimana menjadi usahawan digital, memilih produk dan platform media sosial serta eDagang yang boleh diterokai mereka.
• Menunjukkan kepada pelajar di mana mereka boleh mendapatkan bantuan dana atau geran dari agensi-agensi kerajaan terpilih.
• Memberikan taklimat tentang Klik Dengan Bijak supaya mereka dapat membuat langkah-langkah pencegahan dari terjebak dari jadi mangsa scammer.
• Para pelajar juga ditawarkan simkad percuma dan tawaran menarik dari Telco Digi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :