POP KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini | 9,10,11 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Bagi mengisi masa lapang di musim cuti sekolah, pelbagai aktiviti telah diatur bagi memberi manfaat kepada para ahli terutama golongan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dibuat ialah Pop Kuiz Klik Dengan Bijak.

Tujuan :
• Memberi input dan maklumat tentang dunia digital yang semakin mencabar. • Memberi nasihat dan kesedaran kepada golongan kanak-kanak supaya sentiasa berhati-hati ketika melayari internet.
• Meningkatkan kefahaman para ahli PEDi tentang aspek keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab di dalam modul KDB.
• Mewujudkan suasana santai dan harmoni sesama ahli dan petugas PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan modul

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturrahim sesama komuniti disamping membantu komuniti ke arah celik ICT.
• Memberi pelbagai ilmu dan pengetahuan terkini kepada para ahli agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di PEDi bersama komuniti.
• Mengaktifkan penyertaan komuniti dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :