SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: PERANGKAP CINTA SCAMMER

Aktiviti terkini | 5 oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Siaran Langsung Facebook kali ini mengenengahkan satu isu yang universal iaitu Perangkap Cinta Scammer yang menjadi masalah di seluruh dunia. Kewujudan para scammer yang memerangkap mangsanya dengan cinta palsu sehingga menyebabkan mangsa kerugian duit ratusan dan jutaan ribu ringgit.


Tujuan :
• Berkongsi siapakah sasaran mangsa love scammer.
• Mengetahui Modus Operandi scammer terutamanya membabitkan love scam.
• Memberi saranan dan mengetahui cara mengelak dari jadi mangsa scammer.
• Membuat aduan kepada pihak berkuasa terlibat sekiranya mengesyaki telah menjadi mangsa.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sesi Siaran Langsung Facebook
• Sesi Siaran Langsung bermula


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang ancaman love scam di dalam masyarakat terutama golongan wanita yang mudah diperdaya dengan ayat-ayat manis.
• Memberi gambaran kepada masyarakat tentang kelicikan modus operandi para scammer.
• Mendidik masyarakat supaya peka kepada ahli keluarga sendiri yang mungkin berpotensi menjadi mangsa scammer terutama mereka yang kesunyian dan mempunyai pendapatan atau harta.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :