SIARAN LANGSUNG FACEBOOK:LAGU PATRIOTIK, HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2021

Aktiviti terkini | 22 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung Facebook ini dijalankan bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai Lagu-lagu Patriotik dari dahulu hingga kini. Pengenalan mengenai tema dan logo kemerdekaan pada tahun 2021 iaitu Malaysia Prihatin juga dimasukkan dalam siaran langsung ini. Selain memaparkan bait-bait lagu dan penjelasan mengenai maksud lagu tersebut, kami juga memutarkan lagu untuk memberi semangat kepada para penonton yang menyaksikan siaran langsung.

Tujuan :
• Menyampaikan maklumat mengenai tema & logo Malaysia Prihatin.
• Memupuk semangat cinta negara dan mengimbau kenangan kemerdekaan menerusi lagu-lagu patriotik.
• Menghayati bait-bait lirik lagu-lagu patriotik yang memberi makna tentang kemerdekaan.
• Menjentik semangat dan makna kemerdekaan kepada generasi baru.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 9.30pagi: Persediaan tempat dan peralatan
• 10.32 pagi : Siaran langsung di FB PIK Kg Sri Jaya

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada generasi baru mengenai kemerdekaan
• Memberi galakan dalam memupuk semangat patriotisma
• Memupuk rasa cinta terhadap tanah air Malaysia melalui lagu patriotik
• Mengimbau cara menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ketika zaman sebelum pandemik melanda

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :