VIDEO TUTORIAL: “GOOGLE MEET UNTUK SIDANG VIDEO & KELAS ONLINE”

Aktiviti terkini | 12 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian Video Tutorial ini disiarkan melalui “Facebook Page” PIK Kg Sri Jaya di mana pihak PIK berkongsi bagaimana untuk menggunakan aplikasi “Google Meet” untuk mengadakan sidang video dan kelas online.

Tujuan :
• Tujuan perkongsian menunjukkan “Google Meet” merupakan salah satu aplikasi persidangan atau panggilan video percuma di mana sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Google boleh mengadakan mesyuarat, “gathering” atau kelas secara atas talian.
• Pelbagai ciri-ciri yang bermanfaat dan menarik ditawarkan bagi memudahkan pengguna melakukan penstriman video secara selamat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• 4.00 petang: Persediaan tutorial & slide presentation.
• 6.00 petang: Muat naik di FB PIK Kg Sri Jaya

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Pandemik Covid-19 telah mengubah 360 darjah hidup kita dan terpaksa mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian. Baik pelajar, guru, penjawat awam, pekerja swasta – semuanya beralih ke dunia digital maya dengan penggunaan internet yang optimum.
• Persidangan video atau kelas secara online menggunakan aplikasi percuma adalah kaedah terbaik untuk menjalankan tugas dalam norma baharu walaupun berada di rumah.
• Penggunaan aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Webex, LiveStorm, Streamyard dan sebagainya menjadi alternatif bagi perhubungan dan komunikasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :