SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: SIAPA BOLEH JADI FREELANCER?

Aktiviti terkini | 5 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Siaran Langsung Facebook ini berkaitan dengan dunia digital yang membuka banyak peluang menjana pendapatan sampingan. Bukan sahaja untuk menjual produk-produk usahawan semata-mata tetapi sekiranya anda mempunyai kemahiran khusus tertentu seperti penulisan, rekabentuk, pembantu pejabat dan sebagainya, anda juga boleh menjadi "freelancer".

Ikuti sesi perkongsian ilmu bersama figura Freelancer iaitu Nor Ashikin Halil atau lebih dikenali sebagai Kak Ming yang dilahirkan dari program eRezeki Global High Income sesi ke-2 pada tahun 2016-2017. Beliau telah mencatat pendapatan melebihi RM1 Juta hasil kerja-kerja freelance yang diceburinya.


Tujuan :
• Mengetahui lebih mendalam tentang apa itu “Freelancer” dan apakah ia satu kerjaya yang boleh menjana pendapatan lumayan.
• Mengetahui dunia “Freelancer” dan siapakah yang boleh menjadi “freelancer”.
• Mengupas dari sudut positif tentang dunia “freelance” sejak pandemik Covid19.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sebelum sesi live bermula.
• Mulakan sesi live.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi gambaran sebenar tentang dunia “freelance” yang sebelum ini dianggap tiada masa depan.
• Mengetahui apakah cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh seorang “freelancer”.
• Memperbetulkan tanggapan negatif yang sering dialami oleh “freelancer”
• Mengetahui potensi menjana pendapatan menerusi bakat dan kemahiran individu.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :