SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: KLIK DENGAN BIJAK JADI GAMERS HEBAT BERMAIN DENGAN BERHEMAH

Aktiviti terkini | 1 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital, Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Siaran Langsung Facebook kali ini berkisar tentang Program Advokasi Klik Dengan Bijak dalam Topik Permainan Video. Ia memberi gambaran kepada pengguna agar berhemah dalam bermain untuk menjadi gamers yang hebat. Permainan video juga turut memberi kelebihan kepada pemain yang serius kerana ia boleh menjana sumber pendapatan pada masa kini.


Tujuan :
• Cara berhemah dalam bermain permainan video.
• Tips merancang masa dan waktu bermain video.
• Mengenalpasti scammer dalam permainan video.
• Tindakan yang harus dibuat jika buli siber berlaku ketika sedang bermain video di internet.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sebelum sesi live bermula.
• Mulakan sesi live.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi gambaran untuk bermain secara berhemah di dalam talian.
• Pengguna akan lebih peka dengan kemungkinan berlaku penipuan oleh scammer dalam aplikasi permainan video atau buli siber ketika bermain game di atas talian.
• Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak yang bermain permainan video dalam talian bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :