Kursus Usahawan: Kursus Kemahiran Jahitan Quickwin & Taklimat PI1M

21 Februari 2018 | Rabu
9.00 pagi - 5.00 petang | Akademi Jahitan Norell, Johor

Tujuan:
1) Memberi peluang kepada golongan surirumah dan individu yang berminat untuk mempelajari ilmu jahitan membuat cadar dan sarung bantal.
2) Memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai aspek jahitan yang betul bagi menjana pendapatan sampingan keluarga.
3) Menggalakkan usahawan-usahawan kecil agar turut menitikberatkan aspek pemasaran online.
4) Mempromosikan PI1M sebagai pusat rujukan dan pembelajaran ICT kepada komuniti setempat.

Kelebihan:
1) Membantu surirumah menjana pendapatan sampingan dan berkembang menjadi usahawan berjaya.
2) Memperkenalkan PI1M serta menerangkan tentang fungsi dan peranan PI1M kepada komuniti.
3) Memberi penerangan kepada peserta tentang aspek-aspek keselamatan internet dan kendiri.
4) Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara PI1M, Akademi Jahitan Norell, KEMAS dan komuniti sekitar.

Penglibatan:
Para usahawan.

Perlaksanaan Aktiviti:
- Seramai 20 orang peserta yang rata-rata terdiri daripada surirumah diberi bimbingan kelas jahitan Quickwin: Jahitan Cadar dan Sarung Bantal yang diajar oleh usahawan jahitan dan penulis buku Jahitan terkenal iaitu Puan Noraini Margono, salah seorang ahli PI1M Sri Jaya. Kelas jahitan ini mendapat sokongan daripada pihak KEMAS dan KKLW.

1) Ucapan alu-aluan oleh Puan Noraini Margono, Usahawan Akademi Jahitan Norell.
2) Taklimat tentang PI1M dan KDB oleh Puan Shafinaz Mohd Yusof, Pengurus PI1M Kg Sri Jaya.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama