Program Rakan Muafakat Taman & Komuniti Muafakat, Taman Permainan Kanak-kanak Jalan Langsat, Kampung Pasir & Kampung Sri Jaya

22 April 2018 | Ahad
8.30 pagi - 11.00 pagi | Kampung Pasir & Kampung Sri Jaya, Johor

Tujuan:
1). Memberi peluang kepada golongan sasaran untuk memanfaatkan taman permainan dengan lebih baik.
2). Menyediakan platform terbaik kepada kanak-kanak di sekitar komuniti berhampiran untuk bermain dan menjalankan aktiviti riadah yang sihat.
3). Mempraktikkan gaya hidup sihat di kalangan keluarga dan masyarakat setempat.
4). Menambahbaik ruang dan kemudahan kerajaan yang diberi untuk kesejahteraan komuniti sekitar PI1M.

Kelebihan:
1). Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara PI1M, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat serta komuniti sekitar.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Nama VIP:
1). YB Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed(Ahli Parlimen Pulai/Timb. Menteri KDN).
2). Encik Azman bin Mudin(Ahli Majlis MBJB(Zon Tampoi)).
3). Tn Hj Abas bin Said(Ketua Kampung Kg Pasir & Rangkaian(Mukim Pulai)).

Perlaksanaan Aktiviti:
Pentingnya tapak permainan kanak-kanak di dalam komuniti bagi memberi ruang bermain yang selesa dan kondusif. Justeru, pelancaran taman permainan kanak-kanak yang telah dibaikpulih dan mesra kanak-kanak ini penting bagi memberi kemudahan terbaik kepada golongan cilik. Selain itu, kehadiran YB dan Ahli Majlis MBJB turut memberi impak kepada komuniti kampung menerusi program komuniti muafakat dan memberi baki tong-tong sampah kepada komuniti bagi penjagaan alam sekitar yang lebih tersusun dan bersih. Kehadiran seramai 200 orang penduduk kampung pelbagai lapisan umur sebagai tanda sokongan kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama