Seminar Sukarelawan Kospen di Hospital Permai, Johor Bahru !!!

9 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini.

KOSPEN memerlukan sukarelawan untuk membantu pihak klinik dalam menjalankan program di kawasan penduduk bandar atau luar bandar. Seminar disediakan oleh pihak hospital untuk memberi taklimat dan pengajaran kepada bakal sukarelawan. Seminar ini bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pukul 4 petang. Seramai 100 orang bakal sukarelawan yang mengikuti seminar ini. Terdapat 4 sesi ceramah yang di kelolakan oleh panel Hospital Permai. Termasuklah pengetahuan dalam memeriksa kesihatan darah, berat dan juga tekanan darah. Jamuan pagi dan tengahari juga disediakan.



kembali ke halaman utama