Mesyuarat KOSPEN bersama Ketua Penghulu KG Pasir, Wakil dari Klinik Tampoi dan Jawatankuasa Kg Sri Serdang Baru !!

5 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Alhamdullilah.. Kami dijemput oleh Ketua Kampung Pasir dan Rangkaian (Mukim Pulai), Tuan Hj Abas Bin Said bersama-sama menjayakan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Karnival Kesihatan. Sebagai permulaan program, mestilah di dahului dengan mesyuarat bersama wakil-wakil yang turut sekali menjayakan program ini. Yang turut menjayakan program ini termasuklah Panel Klinik Kesihatan Tampoi, Ahli Majlis Bandararaya Johor Bahru Zon Tampoi serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sri Serdang Baru.

Mesyuarat KOSPEN diadakan selama 3jam di Balairaya Kg. Seri Serdang Baru. Kami membincangkan tentang program yang akan dijalankan supaya program berjalan dengan lancar. Di akhir mesyuarat diadakan jamuan makan dan kami semua melawat tempat dan jalan yang sesuai untuk dilakukan dalam program seperti 10000 Langkah Berjalan Kaki sambil mengumpul sampah.



kembali ke halaman utama