Pertandingan Mewarna Tabika Kemas Seri Serdang Bersama PI1M Sri Jaya Sempena Bulan Kemerdekaan yang Ke-58.

31 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

31 Ogos adalah hari keramat bagi Malaysia yang mana Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke 58. Seperti biasa semua rakyat Malaysia menyambut hari Merdeka setiap tahun. PI1M bersama-sama dengan Tabika Kemas Seri Serdang menyambut hari kemerdekaan dengan membuat pertandingan mewarna kepada murid-murid.Seramai 30 orang murid tabika menyertai pertandingan ini. Ibubapa juga turut hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka dan sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan bersama-sama kami.Acara dimulakan dengan pembarisan dan nyanyian Lagu Negaraku, Tanggal 31 dan juga Warisan nyanyian dari Allahyarham Sudirman. Ucapan ikrar mengiringi dari wakil murid tabika. Selepas itu pertandingan mewarna bermula selama sejam.

Selepas masa tamat, kami meneliti setiap hasil kerja murid-murid dan mengumumkan pemenang. Sebanyak 6 hadiah utama mengikut kategori 5 tahun dan 6 tahun. Dan selebihnya adalah hadiah saguhati kepada murid-murid yang menyertai pertandingan ini. Sebelum program tamat, diadakan jamuan ringan untuk murid dan juga ibubapa yand hadir.



kembali ke halaman utama