SAMBUTAN HARI MALAYSIA BERSAMA TABIKA KEMAS SRI JAYA !!

13 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pada tanggal 16 September adalah tarikh dimana seluruh negara Malaysia menyambut hari Malaysia. PI1M Srijaya dapat menyambut bersama murid-murid dan guru-guru dari Tabika Kemas Sri Jaya. Seramai 30 orang murid yang menghadiri program ini. Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ketibaan murid dan guru.Terdapat pelbagai aktiviti yang kami adakan untuk murid-murid. Seperti tayangan video di youtube tentang sambutan hari Malaysia, memasang 1 Malaysia jigsaw puzzle secara online dan mewarna secara online.

Program bermula dengan tayangan video kepada murid-murid. Ini dapat memupuk sikap hormat menghormati dan menerima satu sama lain tanpa mengira bangsa dan etnik, mempereratkan hubungan kaum. Mereka juga dapat memahami hari Malaysia. Sebelum memulakan memasang jigsaw puzzle secara online, kami memberi penerangan kepada mereka tentang kegunaan komputer, cara-cara menggunakan komputer. Ini kerana mereka adalah peringkat awal untuk mengenali komputer. Terdapat hanya beberapa murid sahaja yang biasa menggunakan komputer.

Selepas mereka selesai menyiapakan jigsaw puzzle tersebut, mereka dikehendaki mewarna bendera Malaysia dan mewarna pelbagai lukisan secara online. Ini dapat memahirkan mereka menggunakan komputer. Program berakhir dengan memberi saguhati kepada mereka.



kembali ke halaman utama