KELAS ICT: PHOTOGRAPHY 101

Aktiviti terkini | 22 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Fotografi adalah suatu aspek normal di dalam kehidupan kita seharian. Namun kita tidak sedar sebenarnya fotografi banyak memberikan impak yang agak besar dalam hidup kita. Menerusi kelas ini, para peserta dapat mengasah bakat yang terpendam dan mempelajari cara-cara yang betul dalam mengambil gambar.

Kemahiran fotografi yang baik dapat memberi impak positif yang mengkagumkan dan menarik minat orang terutamanya jika gambar produk-produk yang diambil mampu mengusik emosi pembeli seterusnya berjaya mendapatkan jualan yang disasarkan.


Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar ketika mengambil gambar dengan cara yang betul.
• Membimbing masyarakat dalam memahami fungsi-fungsi yang terdapat di dalam kamera/telefon bimbit sekaligus memberikan ilmu-ilmu yang diperlukan bagi menghasilkan gambar-gambar yang menarik dan bermakna.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan modul.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Membantu sesebuah perniagaan mahupun individu bagi mengambil gambar yang baik tanpa perlu bergantung kepada orang lain.
• Memberi keyakinan kepada setiap individu bagi menghasilkan gambar yang terbaik agar boleh memberikan impak yang besar terhadap pihak lain yang melihat gambar tersebut.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :