MARHABAN RAYA POTLUCK & BOUQUET COKLAT SERTA KAD UCAPAN SEMPENA HARI IBU/HARI GURU

Aktiviti terkini | 12 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Sri Jaya

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Bagi mengimarahkan sambutan hari raya seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya, PEDi telah menganjurkan Marhaban Raya Potluck. Ia disertai seramai 45 orang ahli-ahli PEDi Kg Sri Jaya dan Jawatankuasa Penduduk Kg Sri Jaya Baru. Staf PEDi telah menyediakan menu utama iaitu Mee Kari, Nasi Impit & Rendang Daging, Sandwich, Air Sirap Bandung dan Air Oren.

Manakala para ahli PEDi turut sama menyumbang potluck makanan seperti Makaroni Goreng, Roti Sosej, Agar-Agar, Aiskrim Malaysia, Kuih-Muih Seperti Karipap, Kuih Talam, Seri Muka, Biskut-Biskut dan Kuih-Kuih Raya bagi menambah seri.

Sebelah petangnya bersama dengan kanak-kanak yang sama, aktiviti membuat bouquet coklat dijalankan. Terukir kegembiraan di wajah mereka kerana dapat menghasilkan kraftangan mereka sendiri untuk dihadiahkan kepada ibu dan guru masing-masing.

Tujuan :
• Menjalin silaturrahim bersama para ahli PEDi dan mengaktifkan peranan dan fungsi PEDi kepada masyarakat umum.
• Mempelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan mendedahkan generasi muda tentang ukhuwah dan marhaban yang diadakan menjelang hari raya.
• Menunjuk ajar kanak-kanak untuk menghasilkan bouquet coklat sendiri sekaligus menghargai jasa ibu dan guru-guru.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan program.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan lagi silaturrahim di antara PEDi dan komuniti kampung.
• Menghidupkan budaya Marhaban terutama kepada generasi muda.
• Berkongsi rezeki makanan bersama para ahli PEDi.
• Meraikan para ibu dan guru dengan mengajar cara membuat bouquet coklat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :