PROGRAM KOMUNITI KELUARGA BAHAGIA

Aktiviti terkini | 15 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Tepi Sungai, Taman Tampoi Utama, Tampoi, Johor Bahru

Nama VIP :
• Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Perling
• Cik Norakmal binti Muhammad, Ahli Majlis MBJB

Ringkasan Aktiviti :
Kesedaran penjagaan alam sekitar dan sekeliling adalah sangat penting. Sungai yang menjadi nadi sumber ekonomi bagi para nelayan dan hobi para pemancing perlu dijaga dari menjadi tempat longgokan sampah yang akhirnya menyebabkan banjir.
Program Komuniti Keluarga Bahagia yang diadakan ini menekankan faktor penjagaan sungai berdekatan komuniti dengan aktiviti gotong-royong bersama keluarga sebelum mengadakan pertandingan memancing. Juara Pertandingan Memancing menerima wang tunai RM1000.00 yang disampaikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Perling.

Tujuan :
• Menggalakkan kebersamaan ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti sosial masyarakat agar penglibatan di dalam komuniti dapat dipertingkatkan.
• Sebagai usaha mencintai alam sekitar dan sungai untuk kesinambungan hidup yang sihat dan aktif.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan program

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Mengumpulkan komuniti pelbagai usia sebagai simbolik keluarga bahagia dengan menyertai program gotong-royong dan pertandingan memancing.
• Menggalakkan kebersamaan di kalangan komuniti dan kesedaran kepentingan saling menjaga alam sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :