SESI 1: KETAHUI SINGKATAN PAPAN KEKUNCI & SESI 2: LATIHAN MENAIP TANGKAS

Aktiviti terkini | 7 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Era perkomputeran yang serba canggih dan mencabar telah membawa masyarakat ke satu dimensi baru iaitu dunia digital. Relevan dengan kehendak semasa, kecekapan penggunaan komputer adalah penting terutama dalam ketangkasan ketika menaip dengan menggunakan singkatan papan kekunci yang dapat menyelesaikan sesuatu pekerjaan di hadapan layar dengan lebih cepat.

Tujuan :
• Membuka mata masyarakat untuk mengenali singkatan papan kekunci yang boleh digunakan untuk memudahkan sesuatu pekerjaan.
• Dapat menguasai kemahiran menaip dengan lebih pantas dan efisien.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan Modul Bahan Mengajar
• Penyediaan Pembentangan

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Penggunaan masa yang singkat dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan yang menggunakan komputer.
• Mempunyai kelebihan untuk diterima syarikat-syarikat di luar sana yang menjadikan skil ketangkasan dan kecekapan penggunaan komputer dalam pemilihan pekerja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :