BENGKEL PHOTOPHONE

Aktiviti terkini | 8 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Komuniti Kg Sri Jaya, Jalan Nona, Johor Bahru

Nama VIP :
• Datuk Nur Jazlan bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Perling.
• Cik Norakmal binti Muhammad, Ahli Majlis MBJB.
• Puan Mariam binti Hj.Aris, Penolong Kanan, KEMAS Parlimen Pulai.

Ringkasan Aktiviti :
Bengkel Photophone ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Pulai yang dihadiri seramai 50 orang peserta yang bukan sahaja terdiri dari staf KEMAS tetapi juga komuniti berdekatan. Ia merupakan satu aktiviti yang menggunakan kepakaran dan perkongsian staf KEMAS bagi menyalurkan ilmu supaya peserta dapat lebih menguasai ilmu mengambil gambar menggunakan telefon pintar masing-masing dengan lebih baik.

Tujuan :
• Perkongsian ilmu dan pengetahuan kepada komuniti.
• Menggalakkan peserta untuk lebih memahami tips dan teknik mengambil gambar yang bukan sahaja cantik tetapi menepati tema atau teknik-teknik fotografi tertentu dengan lebih baik dan profesional.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan program

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Mengumpulkan komuniti pelbagai usia untuk sesi perkongsian ilmu.
• Menggalakkan kebersamaan di kalangan komuniti di dalam pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :