SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: FB LIVE HIBAH & KEPENTINGANNYA

Aktiviti terkini | 7 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Siaran Langsung Facebook pada bulan ini berkaitan satu topik yang sangat penting iaitu Hibah & Kepentingannya. Masyarakat telah dikejutkan dengan berita perebutan harta allahyarham Abam Bocey 2 tahun lalu. Pertikaian berkaitan harta yang ditinggalkan sehingga mengeruhkan hubungan kekeluargaan patut menjadi satu iktibar yang berharga buat kita. Justeru, hibah atau hadiah yang diberi ketika masih hidup penting bagi mengelakkan salah faham kelak.


Tujuan :
• Memahami hukum hibah dan wasiat di dalam Islam.
• Mengetahui apa itu hibah dan prosesnya.
• Menjamin hibah yang diberi kepada waris atau individu tertentu supaya tidak dipertikaikan mana-mana pihak.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sebelum sesi live bermula.
• Mulakan sesi live.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya hibah terutama hibah wang ringgit dibuat ketika kita masih hidup agar dapat membantu orang-orang tersayang meneruskan kelangsungan hidup.
• Memberi kefahaman yang lebih baik kepada pemilik harta supaya menghibahkan asset/harta mereka supaya waris-waris tidak bertelingkah kelak.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :