KELAS E-REZEKI: PROGRAM MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Aktiviti terkini | 1 November - 31 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Program eRezeki merupakan program inisiatif daripada MDEC dan Kerajaan Malaysia bertujuan membantu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas menjana pendapatan sampingan. Program ini dijalankan oleh eRangers yang terdiri dari staf PEDi Kg Sri Jaya yang terpilih sebagai satu-satunya PEDi di daerah Johor Bahru bagi mendaftarkan para peserta eRezeki. Setakat 18 Disember 2021, sebanyak 7 kelas eRezeki telah dijalankan.


Tujuan :
• Membantu rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mencari peluang-peluang pekerjaan sebagai pekerja bebas (freelancer).
• Membimbing para peserta eRezeki yang baru mendaftar tentang bagaimana cara mendaftar, menonton 1 video pembelajaran wajib dan modul elektif daripada 51 platform yang ada di dalam sistem eRezeki.
• Memberi pendedahan kepada peserta yang ingin menjana pendapatan mengikut kemahiran, lokasi dan masa bersesuaian mengikut individu – tidak kira sama ada anda seorang penganggur, surirumah, pekerja tetap, pekerja separuh masa dan sebagainya


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Membantu pendaftaran eRezeki menerusi QR Code eRangers yang dilantik oleh pihak MDEC.
• Membantu mengemaskini maklumat peserta di portal erezeki.my
• Tatacara mencari peluang pekerjaan sampingan di platform-platform yang ada di dalam 3 kategori pekerjaan utama di dalam platform.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengetahui pelbagai jenis peluang pekerjaan di platform dalam talian.
• Peserta berpeluang menjana pendapatan sampingan secara dalam talian dengan mudah dan pantas.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :