Program Remaja Sihat Penjana Negara(Pameran & Taklimat KDB kepada SK Kg Pasir & SK Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru
28 September 2017 | Khamis
8.00 pagi - 1.00 petang | Dewan Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Kg Pasir, Tampoi, Johor
Tujuan:
1) Mengeratkan tali silaturrahim di kalangan komuniti yang terdiri daripada Klinik Kesihatan Tampoi, para pelajar sekolah dan agensi-agensi kerajaan terlibat.
2) Memberi taklimat tentang fungsi dan peranan PI1M.
3) Taklimat Klik Dengan Bijak kepada para pelajar Tahun 6 yang selesai menjalani peperiksaan UPSR.
Kelebihan:
1) Perkhidmatan kesihatan secara percuma dan ceramah kesedaran tentang kesihatan terutama saringan kesihatan wanita, saringan Tibi dan jenis
ubat-ubatan serta pameran pergigian kepada para pelajar sekolah.
2) Mengeratkan tali silaturrahim di antara petugas PI1M dengan peserta pameran daripada agensi-agensi kerajaan serta para pelajar sekolah yang terlibat.
3) Memberi pendedahan penggunaan ICT dengan betul menerusi Taklimat Klik Dengan Bijak.
Penglibatan:
Pengunjung program, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr Jaidon bin Ramli(Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tampoi).
Aktiviti berkaitan:
Program LDK, Saringan & Pemeriksaan Kesihatan Pelajar, Pameran Kesihatan, Pameran PI1M, Pameran Kolej Komuniti, Pameran Peladang.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: