Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sri Jaya

16 Julai 2017 | Ahad
8.30 pagi – 4.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Sri Jaya, Johor

Tujuan:
Mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat daripada pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak, pelajar, remaja, belia, dewasa dan warga emas. Selain itu dapat membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Kelebihan:
1) Melahirkan pengguna yang celik IT terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
2) Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
3) Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
4) Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
5) Membina hubungan kerjasama antara PI1M dengan badan-badan swasta, kerajaan, NGO serta komuniti setempat.

Penglibatan:
Penduduk setempat dan JKKK.

Nama VIP:
Tuan Haji Abas bin Said, Ketua Kampung (Kg Pasir & Rangkaian), Mukim Pulai.

Perlaksanaan aktiviti:
• Pendaftaran pengunjung.
• Pendaftaran Peserta Pameran.
• Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tabika.
• Taklimat Kawalan Kendiri Keselamatan Internet oleh CMCF.
• Pemeriksaan Kesihatan Percuma.
• Ucapan ringkas Ketua Kampung (Kg Pasir & Rangkaian).
• Demonstrasi Pembuatan Kertas Nanas (Pinapaper) oleh UTM.
• Pertandingan Menganyam Ketupat.
• Pertandingan Busana Raya The Mummy’s Family.
• Pertandingan Makan Kuih Raya Batang Buruk & Rempeyek.
• Majlis Penyampaian Hadiah.
• Cabutan Bertuah.
• Bersurai.

Aktiviti Sokongan:
Peserta yang terlibat adalah para pelajar 3 tabika iaitu Tabika Sri Jaya, Sri Serdang & Kg Pasir, para pelajar sekitar Tampoi & komuniti sekitar PI1M Sri Jaya.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





















Kembali ke halaman utama