Program Komuniti Sihat Perkasa Negara dan Karnival Kesihatan di Kampung Seri Serdang Baru.

22 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

PI1M Sri Jaya berkerjasama bersama Panel Klinik Kesihatan Tampoi, JKKK Kampung Seri Serdang Baru dan Ahli Majlis MBJB Zon Tampoi untuk menjayakan program KOSPEN. Program yang bertempat di Balairaya Kg Seri Serdang Baru mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Pelbagai program yang diadakan. Program dimulakan dengan senaman robik yang dikendali oleh wakil panel Klinik Kesihatan Tampoi. Program ini bermula pada pukul 7 pagi. Selepas selesai senam robik, acara diteruskan dengan 10000 langkah berjalan kaki yang disertai oleh kanak-kanak dari umur 7 tahun sehingga 12 tahun. Acara ini termasuklah mengutip sampah terbanyak dan mengumpul jejentik ditempat takungan air.

Disamping itu, acara Pertandingan Mewarna bagi usia 55 Tahun ke atas berlangsung di dalam balairaya. Pemeriksaan kesihatan kencing manis, darah tinggi, gigi dan sebagainya juga bermula untuk pengunjung yang tidak memgambil bahagian dalam acara. Di dalam khemah juga ditayangkan video tentang kesihatan dan pameran kesihatan juga diadakan. Ceramah kesihatan juga dikelolakan dari wakil KKT untuk memberi kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya menjaga kesihatan. Program KOSPEN ini juga terdapat beberapa booth. Anataranya ialah, booth pendaftaran sukarelawan kesihatan, pendaftaran ahli umno, pendaftaran pengundi baru dan pendaftaran ahli baru Pusat Internet 1 Malaysia.

Program dirasmikan oleh YB Senator Chia Song Cheng, Adun Pengkalan Rinting, Johor Bahru. Nyanyian Lagu Negaraku juga dinyanyikan sempena menyambut hari Kemerdekaan yang bakal tiba. Cabutan bertuah juga di umumkan kepada pemenang yang terdiri dari semua pengunjung dan yang meyertai acara. Sebelum berakhirnya acara program ini, diadakan jamuan ringgan.



kembali ke halaman utama