PROGRAM KOMUNITI GAYA HIDUP & MINDA SIHAT

Aktiviti terkini |17 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Nama VIP :
• YBhg. Dato’ Hj. Abd Rashid bin Kasman, Setiausaha Penyelaras Khas DUN Perling.
• YBhg. Dr. Jaidon bin Romli, Pengarah, Klinik Kesihatan Tampoi.
• YBhg. Dr. Zuraidah binti Sulaiman, Pensyarah Kanan, AHIBS, Universiti Teknologi Malaysia.
• Yang Berusaha Encik Shamsudin bin Baharon, Pengerusi, Panel Penasihat Kesihatan, Klinik Kesihatan Tampoi.
• Yang Berusaha Encik Zaini bin Sinong, Ketua Kampung, Kg. Pasir dan Rangkaian, Mukim Pulai.

Ringkasan Aktiviti :
Program ini bersempena dengan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun. Program ini adalah kolaborasi bersama Panel Penasihat Kesihatan dari Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru dan kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia.
Penglibatan staf dari 4 PEDi lain yang membantu sebagai Urus Setia ialah PEDi Pekan Nanas, PEDi Taman Cendana, PEDi Taman Desa Rakyat Perdana dan PEDi Bandar Seri Alam.
Program ini mendapat sambutan hangat dari komuniti setempat dengan kehadiran 150 orang sepanjang program dijalankan.

Tujuan :
• Meraikan sambutan Hari Malaysia dengan mengadakan program libatsama bersama berbilang kaum dan peringkat umur di komuniti.
• Memupuk kesedaran dan kebersamaan di antara komuniti dan agensi-agensi kerajaan seperti Klinik Kesihatan Tampoi, Universiti Teknologi Malaysi dan juga telco Digi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah Senamrobik, Demonstrasi Pemakanan Sihat, Pertandingan Mewarna, Pemeriksaan Kesihatan Am & Pap Smear, Taklimat Kesihatan Mental, Taklimat HIV & Tibi serta Taklimat Berhenti Merokok yang turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.
Selain itu Taklimat 5 Langkah Pemasaran Digital - Jom Tarik Untung! oleh Pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia serta Klik Dengan Bijak oleh staf PEDi turut mendapat sambutan menggalakkan dari para pengunjung.
Selain itu, booth dari Digi dan para usahawan yang menjadi ahli PEDi juga turut mengambil bahagian bagi memeriahkan lagi program sepanjang hari.

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Melibatkan pelbagai peringkat umur dan bangsa dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
• Memberi peluang kepada agensi-agensi kerajaan dan Telco Digi untuk turun padang bersama komuniti dan menjalankan aktiviti-aktiviti libatsama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :