HARI MINDA SIHAT

Aktiviti terkini | 20 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru

Nama VIP :
• Dr. Jaidon bin Romli, Pengarah Klinik Kesihatan Tampoi, Johor Bahru.

Ringkasan Aktiviti :
Bersempena perpindahan ke bangunan baru, Klinik Kesihatan Tampoi telah mengadakan Hari Minda Sihat bagi menggalakkan penyertaan dari kalangan komuniti. Pelbagai aktiviti disusun seperti senamrobik, taklimat kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan mewarna

Tujuan :
• Menggerakkan aktiviti sihat bersama staf dan komuniti yang hadir ke Klinik Kesihatan Tampoi.
• Menggalakkan libatsama bersama komuniti bagi mengurangi stigma masyarakat yang negatif terhadap staf kesihatan.
• Mewujudkan suasana santai dan harmoni sesama komuniti dan petugas kesihatan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persiapan program

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan silaturrahim sesama komuniti disamping penjagaan kesihatan mental dan fizikal.
• Membuat saringan kesihatan bersama komuniti supaya pencegahan penyakit dapat dibuat lebih awal.
• Mengaktifkan penyertaan di kalangan staf dan komuniti dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :