VIDEO TUTORIAL: CARA MEMBUAT KATA LALUAN YANG KUAT

Aktiviti terkini | 7 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Pada masa kini, ancaman jenayah siber semakin menular di dalam masyarakat. Ini terjadi kerana sikap sesetengah pihak yang tidak peka dan memandang remeh tentang penggunaan kata laluan yang senang untuk diceroboh oleh orang luar. Bagi membendung jenayah itu menjadi lebih serius, pengguna digesa mematuhi dan mengamalkan beberapa langkah untuk mencipta kata laluan yang kuat.

Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kata laluan yang kuat agar dapat melindungi maklumat peribadi dan privasi daripada digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
• Mendidik pengguna siber agar lebih berhati-hati dalam membina kata laluan supaya tidak menjadi mangsa serangan pengodam.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penyediaan Video
• Posting Video

Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mencegah dari serangan siber dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
• Menjamin sistem maklumat peribadi lebih terjamin dan selamat daripada diceroboh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :