VIDEO TUTORIAL : LINDUNGI ANAK ANDA DI INTERNET

Aktiviti terkini | 18 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Kanak-kanak terdedah kepada isu keselamatan di internet. Sejak kecil adakalanya ibu bapa telah mendedahkan mereka kepada gajet seperti telefon bimbit atau tablet. Namun begitu, adakah ibu bapa cukup faham apakah buruk baiknya gajet kepada kanak-kanak? Justeru, video ini akan memberi tips berguna kepada ibu bapa agar lebih peka dan berhati-hati.

Tujuan :
• Penipuan, kecurian, serangan seksual, pecah masuk, gangguan, maklumat palsu serta memfitnah, mengumpat dan menyebar khabar angin telah wujud dalam tamadun manusia sejak beribu tahun lagi.
• Kehadiran internet di mana-mana juga bermakna penjahat siber boleh bersama-sama dengan anak kita, walaupun dalam bilik tidur mereka sendiri.
• Ibu bapa perlu mendidik anak-anak menjadi warga digitak yang positif dan bersemangat waja di dunia siber.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Penyediaan Video
• Posting Video


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa tentang keselamatan penggunaan internet kepada anak-anak.
• Berbekalkan ilmu dan kemahiran yang betul, keselamatan anak-anak di dunia siber akan berada di tahap yang tinggi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :