PROGRAM HARI KOMUNITI & SEMARAK MERDEKA BERTEMAKAN KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA

Aktiviti terkini | 5 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
• Program Hari Komuniti dan Semarak Merdeka Bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama adalah tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022. Program ini diadakan untuk menanam semangat patriotisme dan cinta tanah air terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
• Ia bertujuan menggalakkan penyertaan aktif para ahli dan komuniti sekitar ke PEDi Kg Sri Jaya setelah berlakunya Pandemik Covid19 yang membataskan pertemuan dan ukhuwah.

Tujuan :
• Mengaktifkan PEDi dengan kepelbagaian aktiviti bagi memberi peluang dan mengeratkan perpaduan di kalangan kanak-kanak serta menyuntik semangat
• cintakan tanah air.
• Memupuk semangat patriotik dan cintakan tanah air dalam kalangan kanak-kanak.
• Mengukuhkan nilai sejarah dan nilai-nilai murni yang bersyukur dan berjiwa merdeka.
• Dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menonjolkan semangat patriotisme pada masa akan datang.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sebelum, semasa dan selepas program.
• Promosi di sosial media.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Menjalankan aktitiviti dekoras benderai, mewarna & kraf membuat tanjak bertemakan jalur gemilang.
• Aktiviti yang dapat mengalih tumpuan dan minat kanak-kanak kepada aktiviti kraf membuat tanjak secara individu.
• Memberi ilham dan pendedahan kepada kanak-kanak tentang semarak merdeka serta kepentingan semangat cintakan negara.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :