PROGRAM HARI KOMUNITI & JUALAN USAHAWAN

Aktiviti terkini | 24-26 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Program Hari Komunti dan Jualan Usahawan yang diadakan tiga hari berturut-turut ini membuka peluang kepada para ahli dan komuniti di sekitar PEDi Kg Sri Jaya menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan. Ia bertujuan menggalakkan penyertaan aktif para ahli dan komuniti sekitar ke PEDi Kg Sri Jaya setelah berlakunya Pandemik Covid19 yang membataskan pertemuan dan ukhuwah.

Tujuan :
• Mengaktifkan PEDi dengan kepelbagaian aktiviti bagi memberi peluang dan keseronokan ahli terutama kanak-kanak dan orang dewasa menyertai pelbagai aktiviti yang membina minda, kemahiran dan menggalakkan ukhuwah.
• Membantu usahawan kecil mempromosi produk-produk yang dijual.
• Mengeratkan hubungan dengan rakan kerjasama seperti Jawatankuasa Penduduk Kampung dan pihak Giatmara Pulai untuk meneruskan kesinambungan kerjasama di masa-masa depan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sebelum, semasa dan selepas program.
• Promosi di sosial media.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Menjalankan kelas-kelas ICT yang menarik minat generasi muda.
• Slot Klik Dengan Bijak bagi memberi input-input terkini kepada komuniti.
• Aktiviti yang mengalih tumpuan kanak-kanak dari sibuk dengan gajet telefon bimbit dengan permainan rakyat seperti batu Seremban, dam ular, dam haji dan tic tac toe yang dimainkan secara fizikal secara berkumpulan.
• Membuka peluang kepada para usahawan kecil mempromosi produk-produk jualan.
• Menjalankan aktiviti santai seperti Belajar Kelim Karipap dan Urutan Tangan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :