SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: APA ITU EREZEKI?

Aktiviti terkini | 21 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Siaran Langsung Facebook kali ini berkisar tentang Program eRezeki atau #SayaDigital yang kembali dipromosikan oleh pihak MDEC menerusi eRangers yang terpilih. Program eRezeki telahpun ditambahbaik dan lebih memudahkan pencarian kerja dengan video-video interaktif yang lebih menarik dan mudah difahami.


Tujuan :
• Mengetahui apa itu eRezeki menerusi video-video wajib dan elektif yang terdapat di dalam platform.
• Membantu rakyat menjana pendapatan tambahan terutama bagi mereka yang terjejas semasa Pandemik Covid19.
• Mengetahui 3 kategori kerja iaitu kerja-kerja digital, bukan digital dan makro yang boleh dipilih oleh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sebelum sesi live bermula.
• Mulakan sesi live.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Memberi gambaran yang lebih baik kepada pencari kerja agar tidak mudah putus asa.
• Membantu para penganggur, suri rumah atau sesiapa sahaja yang berminat untuk membuat pendapatan tambahan di dalam pelbagai platform yang tersedia di dalam eRezeki.
• Mengambil peluang yang telah disediakan kerajaan kepada rakyat untuk mengenali potensi diri dan seterusnya, menjana pendapatan tambahan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :