SIARAN LANGSUNG FACEBOOK:FB LIVE SEMBANG SANTAI BERSAMA USAHAWAN

Aktiviti terkini | 20 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital(PEDi), Kg. Sri Jaya, Johor Bahru

Ringkasan Aktiviti :
Sesi Siaran Langsung Facebook ini mengengahkan seorang lagi usahawan yang menjalankan perniagaan makanan bayi iaitu Puan Nurul Ashikin binti Mohamad Radzi. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains (Matematik) dari UTM Johor Bahru. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan ini sejak tahun 2016 yang lalu.

Tujuan :
• Mempromosi produk Izzly iaitu makanan untuk bayi.
• Menepis anggapan bahawa surirumah tidak mampu menjana pendapatan sampingan.
• Berbekalkan pendidikan yang tinggi, Puan Nurul Ashikin berjaya menjalankan perniagaan ini walaupun hanya dari rumah.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Persediaan sebelum sesi live bermula.
• Mulakan sesi live.


Kebaikan / Kelebihan Aktiviti :
• Membuang persepsi masyarakat bahawa surirumah tiada masa depan dan tidak boleh menjana ekonomi keluarga.
• Memberi sokongan kepada usahawan agar terus memajukan diri dan menguasai ilmu perniagaan.
• Berbekalkan ilmu dan pendidikan yang tinggi, seseorang itu akan lebih berkeyakinan dalam mengharungi cabaran dalam perniagaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :